Kulit Berseri Ditemui
11:30 PMKetahui 4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam
Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat berseri?Mereka memberikan aura positif dan sihat.Sering kali juga anda tertanya-tanya apakah yang di perlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.
Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien ini.
Protein untuk Membina Kulit yang Sihat
Badan dihasilkan dengan protein dan dengan itu untuk memiliki kulit yang sihat berseri,pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
- Membekalkan asid amino yang penting,yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum
- Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
- Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit
- Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
- Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat sinaran cahaya matahari
Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C
Vitamin C,yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan menutralkan kerosakan disebabkanoleh radikal bebas.Walaubagaimanapun,badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
- Mengurangkan kedutan,melegakan kulit yang kering dan kasar
- Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit
- Membantu dalam penyembuhan luka
- Mempertahankan kulit dari radikal bebas
Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen
Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda.Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya dari berkedut,berparut dan menjadi kendur.Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.
Walaubagaimanapun,apabila usia semakin meningkat jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan.Ianya akan mendedahkan anda dengan risiko kulit berkedut dan kendur.Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:
- Kulit yang lebih anjal
- Mengurangkan kedutan
- Kulit yang lebih lembut,lebih padat
- Mengurangkan parut
Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA
Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya,asid gamma-linolenic (GLA).Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
- Mengurangkan gatal kulit yang bersisik
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Melawan keradangan
Lindungi Kulit anda dari sinaran UV
- Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda.Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari.Ia juga dikenali sebagai 'pelindung Matahri Dalaman' anda.
- Tingkatkan perlindungan anti keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin c.
1 komen
waaah..kompom gojes ni
ReplyDelete